Sunday, September 13, 2009

Thursday, August 27, 2009

Lagi-lagi Undangan Majlis Perkahwinan (3 Syawal 1430H)


Setakat kad jemputan yang sampai kat tangan saya, ini lah yang paling awal selepas Aidilfitri nie... 22 September 2009. Bersamaan 3 Syawal 1430H. (Hari Selasa)

Kepada adik kakok sekalian, yang mana ada kelapangan, jemput la bertandang ke rumah.
(Bawak hadiah besar2 tau.....)

Lagi Undangan Majlis Perkahwinan


jange lupo pakat mari ramai-ramai.
kalau tak jumpa rumah, print peta kat atas.


Tuesday, August 25, 2009

Saturday, August 15, 2009

Majlis Konvokesyen UKM ke-37. Tahniah buat semua

Bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak Universiti Kebangsaan Malaysia (DECTAR), akan berlangsung majlis Konvokesyen UKM Ke-37. Konvokesyen diadakan sebanyak 10 Sidang melibatkan 7,674 orang penerima pelbagai anugerah termasuk 5 Profesor Emeritus, dan 2 Ijazah Kehormat.

UKM berjaya mengeluar seramai 131,256 graduan sepanjang 39 tahun penubuhannya dengan pecahan seperti berikut, Ijazah Sarjana Muda (113,975), Ijazah Sarjana (13,641), Ijazah Sarjana Kepakaran (2254) dan Ijazah Doktor Falsafah (1389).

Seramai 2 graduan bakal menerima Anugerah Pelajaran Diraja (APD). Pelajar itu adalah Nur Najwa Abdul Rahman dari Fakulti Pengajian Islam dan Chrissie Lim Hsin dari Fakulti Undang-undang. Pengiktirafan dinilai melalui kecemerlangan dalam akademik, aktif dalam ko-kurikulum, menyumbang bakti kepada masyarakat, mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan sifat keperibadian yang mulia. Mereka bakal menerima pingat emas bernilai RM1000, wang tunai RM5000 dan Sijil Penghargaan. Dua lagi penerima bakal menerima Anugerah Tun Abdul Razak yang disumbangkan oleh Yayasan Tun Razak dan menerima wang tunai RM1000 dan pingat emas bernilai RM1000. Mereka terdiri daripada Salwana Jusoh@ Yusoff dari Fakulti Pendidikan dan Yew Su Mei dari Fakulti Sains dan Teknologi. Manakala Adilah Zaira Abu Bakar yang memperolehi Ijazah Sarjanamuda Kejuruteraan Dengan Kepujian (Cemerlang) dalam boding Kejuruteraan dan Elektronik dari Fakulti Kajuruteraan dan Alam Bina terpilih menerima Anugerah Naib Canselor. Beliau bakal menerima hadiah wang tunai RM2500 dan buku terbitan Penerbitan UKM.

Tahniah! Diucapkan kepada para graduan konvokesyen UKM kali ke-37.

** Tahniah buat Salwana Binti Jusoh@Yusoff. Anda kebanggaan kami.

Wednesday, August 12, 2009

RAPTAI MAJLIS KONVOKESYEN

RAPTAI MAJLIS KONVOKESYEN

Raptai Majlis Konvokesyen akan diadakan pada 13 Ogos 2009 (Khamis) mulai jam 8.30 pagi di DECTAR.

Masa Aturcara
8.30 pagi
Semua graduan dijemput terus masuk ke dewan
8.45 pagi Ketibaan Pegawai Pentadbiran Universiti
9.00 pagi Perarakan besar masuk ke dewan
9.15 pagi Taklimat oleh Pendaftar UKM
9.30 pagi Taklimat tatacara cara menerima ijazah
9.45 pagi Raptai bermula mengikut sidang
11.00 pagi Bersurai














URUSAN PINJAMAN JUBAH

TARIKH MASA TEMPAT
8 - 13 Ogos 2009 9.00 pagi - 12.45 tgh
2.15 ptg - 4.45 ptg
DECTAR
Pada 13 Ogos 2009 kaunter akan dibuka selepas acara raptai







Sila bawa bersama slip pengesanan kajian yang dicetak selepas mengisi borang Pengesanan Graduan dan slip bayaran yuran konvo (slip Bank Islam Malaysia Berhad/ CIMB Clicks/ slip resit bendahari). Sila pastikan saudara/i beratur dikaunter yang betul untuk mengambil jubah. Carta alir pengambilan jubah graduan dilampirkan.

URUSAN PEMULANGAN JUBAH :
Jubah hendaklah dikembalikan selewat-lewatnya 1 September 2009. Jubah yang dikembalikan lewat daripada tarikh tersebut akan dikenakan denda sebanyak RM5.00 (Ringgit Malaysia lima sehari). Tarikh-tarikh pemulangan seperti berikut:

Tarikh Masa Tempat
15/8/2009(Sabtu)

17-19/8/2009(Isnin - Rabu)
2.30 petang - 5.30 petang

9.00 pagi - 12.45 tengahari
2.15 petang - 5.00 petang
DECTAR
Aras 3 (laluan masuk melalui Pintu Sisi Panggung Seni)
20/8/2009(Khamis)


21/8/2009(Jumaat)


22-23/8/2009( Sabtu dan Ahad)
9.00 pagi - 12.45 tengahari
2.15 petang - 5.00 petang

9.00 pagi - 12.00 tengahari
3.00 petang - 5.00 petang

9.00 pagi - 2.00 petang
Mengikut Tempat
mula ambil jubah.
24-27/8/2009(Isnin - Khamis)

28/8/2009(Jumaat)
8.30 pagi - 12.45 tengahari
2.15 petang - 5.00 petang

8.30 pagi - 12.00 tengahari
3.00 petang - 5.00 petang
Kaunter Bahagian Pengurusan Akademik, Paras 4, Bangunan Canselori, UKM
29-31/8/2009(Sabtu dan Ahad) Tiada Urusan Pemulangan Jubah
Mulai Selasa 1/9/2009
Denda RM5.00 sehari
Seperti di atas Kaunter Bahagian Pengurusan Akademik, Paras 4, Bangunan Canselori, UKM



























PEMULANGAN JUBAH/ MENGAMBIL IJAZAH MELALUI WAKIL

Sekiranya graduan menghantar wakil untuk memulangkan jubah graduan atau mengambil skrol ijazah, sila sertakan surat kuasa (beserta nombor Pendaftaran/ Fakulti, salinan Kad Pengenalan penama dan wakil). Bagi denda lewat pulang jubah, sila buat bayaran di Bahagian Kewangan Pelajar, Paras 1, Bangunan Canselori terlebih dahulu sebelum memulangkan jubah.

Thursday, April 30, 2009

Wednesday, April 29, 2009

Utusan Raja Sehari (Fadilah Norin & Taufek)

Perutusan Raja Sehari (Abdul Hadi Tajin & Atfina)

Paper terakhir buat Pelajar PQ (final year)


Teruskan usaha. Buat yang terbaik wahai sahabat sekalian. Kita semua MAMPU melakukannya

Friday, April 24, 2009

Al-Fatihah buat Ayah Kak Wana


Salam. Makluman.
Arwah Ayah salah seorang pelajar Pendidikan
Al-Quran tahun 4 (Salwana Binti Jusoh@Yusoff) telah kembali ke rahmatullah jam 1.00pagi tadi (Jumaat, 24 April 2009)

Moga dicucuri rahmatNya.
Al-Fatihah.....



Doa Jenazah Lelaki


Setiap yang bernyawa di dunia ini pastinya akan mati, begitu juga dengan manusia sepertimana firman Allah S.W.T dala Surah Ali-'Imran ayat 185 :

"Setiap yang bernyawa pasti akan mati ."

Oleh itu, apabila datang kematian kepada seseorang hamba Allah ,maka orang lain yang hidup adalah kewajipan untuk menguruskan jenazah tersebut sebagai amalan yang dituntut dalam Islam .Hukum menyelenggarakan jenazah adalah fardu kifayah iaitu amalan yang tidak diwajibkan ke atas setiap individu muslim bahkan memadai dilakukan oleh sebahagian daripada mereka.

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud :

"Sembahyanglah kamu ke atas orang-orang yang telah mati."



Thursday, April 23, 2009

Perkenalan Lelaki & Perempuan




Hukum simpan gambar


Kem Remaja Insaf 2009, Kemboja

Penyertaan Program Remaja Eksklusif 10 Hari

Urusetia Kem Remaja Insaf 2009, Kemboja
AN NAHAR MANAGEMENT (001678382-K)
5, Jalan 65C, Off Jalan Pahang Barat
Pekeliling Business Centre
54300 Kuala Lumpur
Tel: 03-40253925 Faks: 03-40236768

http://www.aqiqah2u.com/form_remaja.php

Wednesday, April 22, 2009

Rehlah Final Year PQ

Konvoi Motosikal PQ (UKM ke Bagan Lalang)

Untuk sahabat muslimin sahaja.

** Komformkan kehadiran anda kepada Ustaz Rozaiherman.

Teuskan menghafal.... 28.04.2009 (Syafawi)

Belajar Bercakap Loghat Kelantan (Blajar Kkecek Kelate) 3


Satu lagi penggunaan perkataan berlapis dalam Kkecek Kelate boleh membawa maksud "perlakuan yg tidak disengajakan".

Ssepak = tersepak
Ssasul = tersasul
Tteke = tertekan


Penggunaan perkataan berlapis sangat mustahak dalam Kkecek Kelate kerana:
  1. Ia boleh membawa maksud yg sgt berlainan
  2. Buleh membawa salah faham anda adalah dari Thailand
  3. Buleh menampakkan anda bukan org Kelate yg cuba menyamar jd org Kelate dan membuatkan anda ditertawakan...

Perkara 3 sangat memalukan anda & memalukan rakyat Kelate jika anda seorang pelakon yg bukan berketurunan Kelate tp melakonkan watak org Kelate dlm kaca TV.

Sila rujuk drama "Akedemi Polis" di TV9 setiap Rabu untuk melihat contoh penyamaran.. eh silap, "lakonan org Kelate" yg membuatkan penulis cukup menyampah!

Belajar Bercakap Loghat Kelantan (Blajar Kkecek Kelate) 2

Kkecek Kelate

Perhatikan ulangan pada huruf 'k' dalam 'Kkecek Kelate' di atas.

Banyak perkataan dlm loghat kelate mempunyai sebutan berulang bagi huruf pertamanya.
Perkataan ini disebut berulang sama seperti baris 'tasydid' @ 'sabdu' dalam Bahasa Arab.

Perkataan2 ini biasanya adalah:
i) kata nama terbitan drpd kata kerja, atau
ii) sebaliknya (kata kerja drpd kata nama), ataupun
iii) menghala ke sesuatu tempat.

Bg (i) & (ii) bolehlah dianggap spt 'masdar' dlm pengajian Bahasa Arab atau perkataan dgn '-ion' dlm Bahasa Inggeris.
Arab: kataba (tulis) - maktab (tmpt menulis)
English: pronounce (sebut) - pronounciation (sebutan)
Kelate: i) sapuh (sapu) - nynyapuh (penyapu)
colek (cicah) - ccolek (pencicah)
ii) basuh (basuh/cuci) - bbasuh (membasuh/mencuci)
nanoh (nanah) - nnanoh (bernanah)

Bg (iii), ia adalah unik utk kkecek kelate shj.
Cth: Kedoh (Kedah) - KKedoh (Ke Kedah)
Keda (kedai) - Kkeda (Ke kedai)

Namun, kdg2 penggunaan sebutan berlapis ini boleh membawa kpd makna yg sgt berlainan.
Cth: Kecek (Bodek) - Kkecek (Bercakap @ percakapan)

Kesimpulan:
Susah lah sikit sbb takde grammar yg khusus utk sebutan berlapis dlm Kkecek Kelate... tp mcm tulah serba sikit. Nak tau lebih lanjut, kahwinlah dgn Mek Kelate & menetaplah di Kelate & makanlah budu bnyk2!

** Sumber: http://amirmukhtar.blogspot.com

Belajar Bercakap Loghat Kelantan (Blajar Kkecek Kelate) 1

Untuk menjadikan pengajian ini lebih berkesan & 'menusuk kalbu', semua entry Belajar Loghat Kelantan akan ditulis dalam Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu Loghat Kelantan = Kkecek Kelate

Kkecek Kelate adalah 'lingua franca' untuk seluruh negeri Kelantan Darul Naim termasuklah kawasan2 yg bersempadan dgnnya. Ini meliputi Negeri Terengganu (daerah Besut & Setiu) & Pahang (Merapoh & sebhgn kecil Lipis).

Negeri Perak tak masuk sbb sempadan Perak-Kelantan adalah hutan tebal & sgt sedikit penduduknya, namun jika gajah & harimau boleh berbicara nescaya mereka juga akan Kkecek Kelate. Bahasa yg seakan2 sama juga dipertuturkan di selatan Thai disbbkan tali persaudaraan yg erat antara Kelantan dgn Selatan Thai bahkan sesetangah pihak beranggapan penduduk Melayu selatan Thai turut Kkecek Kelate.

Tatabahasa:
Senang sahaja - semua perkataan Bahasa Melayu yang berakhir dgn sukuan 'an', 'ang' & 'am' ditukarkan kepada 'e' (e taling, yg digunakan dlm sebutan 'merah', 'Perak' & 'berak').
Kelantan - Kelate
kawasan - kawase
hutan - hute

senang - sene
putu mayam - putu maye


bersambung...

** Sumber: http://amirmukhtar.blogspot.com

Ayuh tambah koleksi buku





** Dapatkan buku-buku ini di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

Monday, April 20, 2009

Ayuh dapatkannya

Sinopsis :

Novel ini adalah sebuah catatan isteri seorang pejuang yang meluangkan masa berpuluh tahun hidup bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Akhirnya beliau tampil membongkar rahsia hidupnya sejak bergelar ratu di hati ulama tersohor ini. Segala pahit getir dihirup bersama, saling mempercayai sehingga tiada ruang untuk meletakkan curiga di antara mereka.

Novel ini tampil dengan nada yang tulus dan harmoni. Ia berkisah tentang hidup, kesetian, pengorbanan dan perjuangan. Pengalaman isteri Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan dirakam dalam langgam bahasa yang puitis sehingga membuatkan pembaca turut sama meranduk tohor dalamnya sungai kehidupan yang punya saat kering dan bahnya.

Novel sulung terbitan Anbakri Publika Sdn. Bhd. bakal menemui penikmat karya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009.


Bidadari Dari Timur…
Seandainya direntasi laut segara,
Tiada yang bisa menandingi lautan tabahmu,
Seandainya gunung dijadikan pasak,
Belum tentu seteguh setiamu,
Seandainya ditawarkan buatku seorang isteri,
Kau yang ingin kubawa hingga ke negeri abadi…


Karya : Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Ili Sarah Annual Bakri
Harga : RM12.90
Halaman : 128


Pesta Buku Antarabangsa 2009



Pesta Buku Antarabangsa kembali. Bermula 17 april hingga 26 april 2009 di PWTC. Kali ni saya bertugas di salah sebuah booth di sana. Jadi..jika ada sape-sape terserempak dengan saya tegurlah saya.Tapi saya tak belanja minumlah.Ape yang sempat sebuah senyuman yang manis utk anda.Senyum itu sedekah.(Kempen Senyum)  Mungkin menjadi seorang yang "sibuk" hingga tidak sempat bertegur sapa. Ehhe. Apa pun..selamat datang ke Pesta Buku Antarabangsa. Jumpa di sana.



Sunday, April 19, 2009

Gambar Kenangan


Kepada sesiapa yang telah menempah gambar kenangan PIPAQ... Anda boleh mendapatkannya pada hari selasa ini selepas exam Hafazan...
jangan lupa bawa wang seperti yang dijanjikan... RM 10.00 sahaja

Utusan Raja Sehari



Thursday, April 16, 2009

Siapa belum hantar gambar lagi ???

PENYEDIAAN GAMBAR BAKAL GRADUAN UNTUK SISTEM KAD PINTAR MAJLIS
KONVOKESYEN 2009 DAN BORANG MAKLUMAT DIRI PELAJAR

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar tahun akhir prasiswazah yang akan bergraduat pada
tahun 2009 perlu menghantar gambar masing-masing melalui e-mel ke alamat
graduan2009@ukm.my bermula 22 Januari 2009 hingga 30 Jun 2009. Ciri-ciri gambar
adalah seperti berikut:

1. Gambar berukuran 158 px @5.57 cm X 121 px @ 4.27 cm
2. Namakan gambar tersebut dengan no. matrik (cth: A106443.jpg)
3. Format gambar jpg
4. Tajuk Emel: Gambar Bakal Graduan 2009 (No. Matrik Pelajar)
Cth: Gambar Bakal Graduan 2009 (A106443)
5. Gambar Warna

Esok last day...

** Bagi mereka yang belum bertindak....

Saudara/i juga diminta mengisi borang maklumat diri yang terkini ke Bahagian Pengurusan
Akademik dan menyerahkan selewat-lewatnya pada 17 April 2009. Borang tersebut
boleh didapati di kaunter Bahagian Pengurusan Akademik.

Kerjasama saudara/i dalam perkara ini amat dihargai bagi melicinkan lagi keperluan Majlis
Konvokesyen dan Penganugerahan Ijazah oleh pihak Universiti.
Sekian, terima kasih.


“KUALITI TERAS KECEMERLANGAN”

Salam Peperiksaan buat semua



Peperiksaan oh peperiksaan......
Sekarang kita berada di ambang peperiksaan. Kita dah memasuki minggu ulangkaji (study week). Maka mula bersesaklah PTSL (Perpustakaan Tun Seri Lanang)dari dalam sampai ke luar. Dari pagi hingga ke larut malam. Semua studentsibuk mengulangkaji pelajaran masing-masing.

Sebagai pelajar kita tidak terlepas daripada peperiksaan. Setelah hampir 14 minggu pengkuliahan dan tutorial, maka tiba saatnya untuk menempuh peperiksaan. Maka gunakanlah kesempatan yang ada ini untuk melakukan yang terbaik. Buktikan kita adalah pelajar yang cemerlang.

Sebagai seorang Islam, apa yang penting kita panjatkan sebanyaknya doa kepada Allah SWT moga-moga ilmu yang kita pelajari dapat dijadikan bekalan dan amalan kita. Perbanyakkan solat hajat kepada Allah.

DOA + USAHA + IKHTIAR + TAWAKKAL = BERJAYA

7 Sunnah Rasulullah S.A.W

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Wallahualam. ..

Tuesday, April 14, 2009

al-Fatihah buat Nenek Shy


Salam. Makluman.
Arwah Nenek salah seorang pelajar Pendidikan
Islam tahun 4 (Mohd kusahairi Bin Che Ismail) telah kembali ke rahmatullah jam 11.00 malam tadi (Selasa, 14 April 2009)

Moga dicucuri rahmatNya.
Al-Fatihah.....



Doa Jenazah perempuan

Selamat Jalan Sahabat

Rezmi Ke Sabah


Sunday, April 12, 2009

Solat Hajat Perdana PIPAQ 15 April 2009

Berita Sahabat Kita

** Siapa yang nak jumpa dengan Rezmi boleh jumpa kat KLIA esok. Jam 9.00 pagi

Thursday, April 9, 2009

Jangan Lupa Perjanjian Kita Malam Ini...


** InsyaAllah bersama kita menjayakannya.
** Di bawah ini disertakan peta lokasi ke Bangi Golf Resort Restaurant
** Pakaian melambangkan seorang Ustaz dan Ustazah.... Macam mana??? Fikirkan

Sunday, April 5, 2009

Rabiul Awwal telah berlalu... Tapi Rasulullah tetap di hati

PEMERGIANMU - INTEAM...


(Ya Rasulullah...)
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulullah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu

Thursday, April 2, 2009

Hadis Hari Ini (Hadis ke-2)

KENAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PERMUSUHAN??

Daripada Ummul Mu'minin, Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) beliau berkata: " (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan baginda menemukan ujung ibu jari dengan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: " Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?" Lalu Nabi saw. bersabda:- " Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak."

Keterangan:-
Hadis di atas menerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang yang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang soleh juga akan dibinasakan walaupun masing-masing pada hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.

Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.

Dalam hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw. sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain. Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.

Kemudian Ya'juj dan Ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.) yang dahulunya banyak membuat banyak kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akn hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa itu dari kediaman meraka lalu kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat sekali tibanya.

Renung-renungkanlah.

Monday, March 30, 2009

Bola Sepak & Bola Jaring Piala Dr Isa

Kamilah ustaz2 yang berjaya

Bukan hanya Imam solat, kami juga hebat di padang

Kami juga hebat di padang

Alhamdulillah sukan yang dirancangkan dapat dijalankan dengan baik dengan bantuan dan keredhaan Allah SWT. Semoga ukhuwah yang tercipta disebalik kesungguhan kita merebut gelaran juara berputik dijiwa dan kita simpan buat selama-lamanya.

Tahniah buat yang berjaya. yang kurang berjaya, tahun depan cuba lagi.

** Gambar diambil dari blog Hidayah (http://ida-noorhidayah.blogspot.com/)