Raptai Majlis Konvokesyen akan diadakan pada 13 Ogos 2009 (Khamis) mulai jam 8.30 pagi di DECTAR.
Masa | Aturcara |
8.30 pagi | Semua graduan dijemput terus masuk ke dewan |
8.45 pagi | Ketibaan Pegawai Pentadbiran Universiti |
9.00 pagi | Perarakan besar masuk ke dewan |
9.15 pagi | Taklimat oleh Pendaftar UKM |
9.30 pagi | Taklimat tatacara cara menerima ijazah |
9.45 pagi | Raptai bermula mengikut sidang |
11.00 pagi | Bersurai |
URUSAN PINJAMAN JUBAH
TARIKH | MASA | TEMPAT |
8 - 13 Ogos 2009 | 9.00 pagi - 12.45 tgh 2.15 ptg - 4.45 ptg | DECTAR |
Pada 13 Ogos 2009 kaunter akan dibuka selepas acara raptai |
Sila bawa bersama slip pengesanan kajian yang dicetak selepas mengisi borang Pengesanan Graduan dan slip bayaran yuran konvo (slip Bank Islam Malaysia Berhad/ CIMB Clicks/ slip resit bendahari). Sila pastikan saudara/i beratur dikaunter yang betul untuk mengambil jubah. Carta alir pengambilan jubah graduan dilampirkan.
URUSAN PEMULANGAN JUBAH :
Jubah hendaklah dikembalikan selewat-lewatnya 1 September 2009. Jubah yang dikembalikan lewat daripada tarikh tersebut akan dikenakan denda sebanyak RM5.00 (Ringgit Malaysia lima sehari). Tarikh-tarikh pemulangan seperti berikut:
Tarikh | Masa | Tempat |
15/8/2009(Sabtu) 17-19/8/2009(Isnin - Rabu) | 2.30 petang - 5.30 petang 9.00 pagi - 12.45 tengahari 2.15 petang - 5.00 petang | DECTAR Aras 3 (laluan masuk melalui Pintu Sisi Panggung Seni) |
20/8/2009(Khamis) 21/8/2009(Jumaat) 22-23/8/2009( Sabtu dan Ahad) | 9.00 pagi - 12.45 tengahari 2.15 petang - 5.00 petang 9.00 pagi - 12.00 tengahari 3.00 petang - 5.00 petang 9.00 pagi - 2.00 petang | Mengikut Tempat mula ambil jubah. |
24-27/8/2009(Isnin - Khamis) 28/8/2009(Jumaat) | 8.30 pagi - 12.45 tengahari 2.15 petang - 5.00 petang 8.30 pagi - 12.00 tengahari 3.00 petang - 5.00 petang | Kaunter Bahagian Pengurusan Akademik, Paras 4, Bangunan Canselori, UKM |
29-31/8/2009(Sabtu dan Ahad) | Tiada Urusan Pemulangan Jubah | |
Mulai Selasa 1/9/2009 Denda RM5.00 sehari | Seperti di atas | Kaunter Bahagian Pengurusan Akademik, Paras 4, Bangunan Canselori, UKM |
PEMULANGAN JUBAH/ MENGAMBIL IJAZAH MELALUI WAKIL
Sekiranya graduan menghantar wakil untuk memulangkan jubah graduan atau mengambil skrol ijazah, sila sertakan surat kuasa (beserta nombor Pendaftaran/ Fakulti, salinan Kad Pengenalan penama dan wakil). Bagi denda lewat pulang jubah, sila buat bayaran di Bahagian Kewangan Pelajar, Paras 1, Bangunan Canselori terlebih dahulu sebelum memulangkan jubah.
No comments:
Post a Comment