Monday, April 9, 2007

Baca elok-elok

Sabda Rasulullah SAW:
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..
1. Bismillahhirrahma nnirrahim: pada tiap-tap hendak melakukan sesuatu.
2. Alhamdulliah: pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3. Astagfirrullah: jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4. Insyaallah: jika ingin mùelakukan sesuatu pada masa akan datang.
5. Lahaulawalaquatai llahbillah: bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6. Innalillah: jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7. Laailaahaillallah :bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Perhatian: Anda ada dua pilihan sama:
1. Biarkan dalam inbox anda tanpa bermanfaat utk org lain..
2. Anda sebarkan @ forwardkan pada semua kenalan anda. sabda Rasulluah siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada.

Nik Saiful Bahri Nik Lah
SENI LAGU AL QURAN

Ramai pembaca al Quran, yang suka mendengar bacaan al Quran berlagu. Terutama sekali pembaca- pembaca dari negara-negara Asean - asia tenggara. Kami akan cuba mencari dan menghidangkan informasi dan contoh-contoh bacaan taranum- berlagu buat menambahkan pengetahuan peminat-peminat bacaan al Quran.
Bacaan al Quran berlagu daripada qari-qari melayu di Singapura, Malaysia, Indonesia, Berunai
Darulsalam dan negara-negara Asia.
Kami juga akan menghidangkan bacaan daripada qari-qari dari negeri2 asia tengah dan
qari timur tengah- Mesir.
Bacaan daripada qari-qari yang baru belajar-dewasa.
Bacaan qari-qari remaja.
Dan lain-lain lagi.
Seni lagu al Quran telah berkembang begitu pesat sehinggalah kehari ini. Banyak negara-negara di asia telah menganjurkan pertandingan-pertandingan tilawah peringkat antarabangsa. Sukan tilawah ini, amat mendapat perhatian daripada peminat-peminat seni lagu al Quran seluruh dunia- terutama di negara Malaysia Indonesia dan Singapura, dimana ramai qari-qari melayu yang cenderung dalam bidang seni lagu ini.
Perkataan seperti taranum, tajweed, maqamat, harakat, burdah, tausyeh, tidaklah asing bagi pelajar-pelajar dan peminat seni lagu al Quran. Mempelajari ilmu seni lagu ini, mengambil masa yang panjang. Ia memerlukan didikasi dan kesabaran. Dan yang amat penting sekali ialah , mesti mempunyai minat yang mendalam. Ramai guru-guru taranum telah membuka tempat-tempat pembelajaran untuk mengajar lagu-lagu al Quran. Qari-qari yang telah berjaya, sering mendapat undangan untuk mempersembahkan bacaan mereka didalam majlis-majlis yang dianjurkan oleh umat islam.
Semoga menjadi harapan bersama, agar seni lagu al Quran tetap kekal dapat menarik minat generasi muda pada zaman ini dan seterusnya kearah budaya membaca dan menghayati al Quran. Sekian.


Cuba dengar sini:-

1. Ismail bin Hashim-Malaysia
2. Abdul Ghani bin Abdullah-Malaysia

3. Hashim bin Said-Malaysia

4. Mahidin bin Bedu-Malaysia

5. Mirwan Batubara.- Indonesia

6. Muammar Z A - Indonesia

7. Mohammad Ahmad Razak- Indonesia

Dengar yang ni lagi:-

1. Taha Al Feshnei

2. Nasaruddin Taubar

3. Sheikh Imran

4. Mohammad Helbawy

5. Yahya Qintar
6. Mohammad Mustafa
7. Mohammad Basyounie

8. Ahmad Al Minyawi

Sunday, April 8, 2007

Kami Guru Malaysia


Kami guru Malaysia,
Berikrar dan berjanji,
Mendidik dan memimpin,
Putra putri negara kita,

Pada Seri Paduka,
Kami tumpahkan setia,
Rukun Negara kita,
Panduan hidup kami semua,

Dibidang pembangunan,
Kami tetap bersama,
Membantu.... Membina,
Negara yang tercinta,

Amanah yang diberi,
Kami tak persiakan,
Apa yang kami janji,
Tunai tetap kami tunaikan.

Thursday, April 5, 2007

Buat tatapan Sahabat


Assalamuaikum....
Sahabat yang disayangi dan dihormati kerana Allah Taala.
Semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat dan sejahtera selalu hendaknya.....

Sahabat,
Apa khabar Iman hari ini.... Yazid au Yankus???
Harap-harap Iman kita sentiasa bertambah dari sehari ke sehari.... InsyaAllah.

Macam mana dengan persiapan untuk peperiksaan????
Semoga sudah mula bersiap sedia dan meningkatkan gear ke tahap yang maksimuim.....
Semoga segala usaha kita diberkati dan dirahmati oleh Allah hendaknya....

Jumpa lagi....
Wassalam