Thursday, August 27, 2009
Tuesday, August 25, 2009
Saturday, August 15, 2009
Majlis Konvokesyen UKM ke-37. Tahniah buat semua
Bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak Universiti Kebangsaan Malaysia (DECTAR), akan berlangsung majlis Konvokesyen UKM Ke-37. Konvokesyen diadakan sebanyak 10 Sidang melibatkan 7,674 orang penerima pelbagai anugerah termasuk 5 Profesor Emeritus, dan 2 Ijazah Kehormat.
UKM berjaya mengeluar seramai 131,256 graduan sepanjang 39 tahun penubuhannya dengan pecahan seperti berikut, Ijazah Sarjana Muda (113,975), Ijazah Sarjana (13,641), Ijazah Sarjana Kepakaran (2254) dan Ijazah Doktor Falsafah (1389).
Seramai 2 graduan bakal menerima Anugerah Pelajaran Diraja (APD). Pelajar itu adalah Nur Najwa Abdul Rahman dari Fakulti Pengajian Islam dan Chrissie Lim Hsin dari Fakulti Undang-undang. Pengiktirafan dinilai melalui kecemerlangan dalam akademik, aktif dalam ko-kurikulum, menyumbang bakti kepada masyarakat, mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan sifat keperibadian yang mulia. Mereka bakal menerima pingat emas bernilai RM1000, wang tunai RM5000 dan Sijil Penghargaan. Dua lagi penerima bakal menerima Anugerah Tun Abdul Razak yang disumbangkan oleh Yayasan Tun Razak dan menerima wang tunai RM1000 dan pingat emas bernilai RM1000. Mereka terdiri daripada Salwana Jusoh@ Yusoff dari Fakulti Pendidikan dan Yew Su Mei dari Fakulti Sains dan Teknologi. Manakala Adilah Zaira Abu Bakar yang memperolehi Ijazah Sarjanamuda Kejuruteraan Dengan Kepujian (Cemerlang) dalam boding Kejuruteraan dan Elektronik dari Fakulti Kajuruteraan dan Alam Bina terpilih menerima Anugerah Naib Canselor. Beliau bakal menerima hadiah wang tunai RM2500 dan buku terbitan Penerbitan UKM.Tahniah! Diucapkan kepada para graduan konvokesyen UKM kali ke-37.
** Tahniah buat Salwana Binti Jusoh@Yusoff. Anda kebanggaan kami.
Wednesday, August 12, 2009
RAPTAI MAJLIS KONVOKESYEN
Raptai Majlis Konvokesyen akan diadakan pada 13 Ogos 2009 (Khamis) mulai jam 8.30 pagi di DECTAR.
Masa | Aturcara |
8.30 pagi | Semua graduan dijemput terus masuk ke dewan |
8.45 pagi | Ketibaan Pegawai Pentadbiran Universiti |
9.00 pagi | Perarakan besar masuk ke dewan |
9.15 pagi | Taklimat oleh Pendaftar UKM |
9.30 pagi | Taklimat tatacara cara menerima ijazah |
9.45 pagi | Raptai bermula mengikut sidang |
11.00 pagi | Bersurai |
URUSAN PINJAMAN JUBAH
TARIKH | MASA | TEMPAT |
8 - 13 Ogos 2009 | 9.00 pagi - 12.45 tgh 2.15 ptg - 4.45 ptg | DECTAR |
Pada 13 Ogos 2009 kaunter akan dibuka selepas acara raptai |
Sila bawa bersama slip pengesanan kajian yang dicetak selepas mengisi borang Pengesanan Graduan dan slip bayaran yuran konvo (slip Bank Islam Malaysia Berhad/ CIMB Clicks/ slip resit bendahari). Sila pastikan saudara/i beratur dikaunter yang betul untuk mengambil jubah. Carta alir pengambilan jubah graduan dilampirkan.
URUSAN PEMULANGAN JUBAH :
Jubah hendaklah dikembalikan selewat-lewatnya 1 September 2009. Jubah yang dikembalikan lewat daripada tarikh tersebut akan dikenakan denda sebanyak RM5.00 (Ringgit Malaysia lima sehari). Tarikh-tarikh pemulangan seperti berikut:
Tarikh | Masa | Tempat |
15/8/2009(Sabtu) 17-19/8/2009(Isnin - Rabu) | 2.30 petang - 5.30 petang 9.00 pagi - 12.45 tengahari 2.15 petang - 5.00 petang | DECTAR Aras 3 (laluan masuk melalui Pintu Sisi Panggung Seni) |
20/8/2009(Khamis) 21/8/2009(Jumaat) 22-23/8/2009( Sabtu dan Ahad) | 9.00 pagi - 12.45 tengahari 2.15 petang - 5.00 petang 9.00 pagi - 12.00 tengahari 3.00 petang - 5.00 petang 9.00 pagi - 2.00 petang | Mengikut Tempat mula ambil jubah. |
24-27/8/2009(Isnin - Khamis) 28/8/2009(Jumaat) | 8.30 pagi - 12.45 tengahari 2.15 petang - 5.00 petang 8.30 pagi - 12.00 tengahari 3.00 petang - 5.00 petang | Kaunter Bahagian Pengurusan Akademik, Paras 4, Bangunan Canselori, UKM |
29-31/8/2009(Sabtu dan Ahad) | Tiada Urusan Pemulangan Jubah | |
Mulai Selasa 1/9/2009 Denda RM5.00 sehari | Seperti di atas | Kaunter Bahagian Pengurusan Akademik, Paras 4, Bangunan Canselori, UKM |
PEMULANGAN JUBAH/ MENGAMBIL IJAZAH MELALUI WAKIL
Sekiranya graduan menghantar wakil untuk memulangkan jubah graduan atau mengambil skrol ijazah, sila sertakan surat kuasa (beserta nombor Pendaftaran/ Fakulti, salinan Kad Pengenalan penama dan wakil). Bagi denda lewat pulang jubah, sila buat bayaran di Bahagian Kewangan Pelajar, Paras 1, Bangunan Canselori terlebih dahulu sebelum memulangkan jubah.