Monday, March 30, 2009

Bola Sepak & Bola Jaring Piala Dr Isa

Kamilah ustaz2 yang berjaya

Bukan hanya Imam solat, kami juga hebat di padang

Kami juga hebat di padang

Alhamdulillah sukan yang dirancangkan dapat dijalankan dengan baik dengan bantuan dan keredhaan Allah SWT. Semoga ukhuwah yang tercipta disebalik kesungguhan kita merebut gelaran juara berputik dijiwa dan kita simpan buat selama-lamanya.

Tahniah buat yang berjaya. yang kurang berjaya, tahun depan cuba lagi.

** Gambar diambil dari blog Hidayah (http://ida-noorhidayah.blogspot.com/)



Hadis Hari Ini (Hadis Pertama)

Hadis ini saya ambil dari kitab 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman sebagai perkongsian untuk kita bersama. Kita sebagai generasi akhir zaman seharusnya meneliti dan memahami hadis ini sebagai panduan dan pedoman kita bersama. Semoga sedikit perkongsian ini memberi manfaat buat kita bersama.

Takwa dan Perpaduan Asas Keselamatan Di Akhir Zaman.

Ertinya:-
Daripada Abi Najih 'Irbadh bin Sariyah ra. berkat: "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggentarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata: Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami. Lalu baginda pun bersabda: "Aku berwasiat akan kamu sepaya sentiasa bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi gerham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."
(H.R. Abu Daud dan Tirmizi)

Keterangan:-
Hadis ini mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada junjungan besar Rasulullah saw. bagi umat Islam, terutamanya bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu zaman yang sedang kita hadapi sekarang. oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis ini iaitulah:-

Pertama: Hendaklah ia melazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripad golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al-Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-sunnah khulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini beerti patuh kepada Al-Quran dan Hadis Nabi saw.

Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al-Mahdiyin (Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali ra.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah wal jamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.

Keempat: Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang seumpama ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baharu itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (iaitulah bid'ah hasanah).

Tuesday, March 24, 2009

Lagi Gambar MAG





Gambar Ustaz-ustaz pada Malam Anugerah Graduasi






Ni baru orang kata tak membazir... licin....

Friday, March 20, 2009

MAG (Malam Anugerah Graduan)

: 17 Mac 2009 : Selasa :
: Malam Anugerah Graduan :

~ Semoga kesetiaan, kebahagiaan, keselamatan dan hubungan kami berkekalan hingga ke akhir hayat, di dunia dan akhirat. Semoga kita sentiasa dalam syafaatNya, semoga kita menemukan 'Jannah' yang dicari selama ini, semoga kita sentiasa saling membahagiakan antara satu sama lain... Teman..

Semoga Kecerian dan kebahagian berpanjangan

Sahabat sejati, kekal di hati

** p/s:- diambil dari blog Hidayah (http://ida-noorhidayah.blogspot.com/)

Tuesday, March 17, 2009

Jangan Lupa... KMJP akan diedarkan


Harap sahabat-sahabat tidak terlupa untuk mendapatkannya. Semoga anda semua berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan kali ini.

Ingat ye... 23 Mac 2009.

Saturday, March 14, 2009

Permata Fakulti Pendidikan


UKM, 13 Mac 2009- Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW 1430H/2009M telah diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM. Sambutan pada tahun ini membawa tema "Wahdah Pemangkin Khaira Ummah". Alhamdululillah beberapa acara sambutan telah disusun dengan sebegitu rapi bagi melicinkan perjalanan program. Namun kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan.

Acara perarakan tidak dapat dijalankan disebabkan hujan turun dengan lebatnya bermula jam 7.00pagi. Namun, acara lain tetap diteruskan sepertimana yang telah dirancangka. Bermula dengan Persembahan Nasyid, Bacaan Doa, Bacaan Ayat Suci Al-Quran dan Majlis Selawat beramai-ramai.

Kemudian majlis diteruskan dengan Forum Perdana Maulidur Rasul SAW yang menampilkan dua panelis yang cukup terkenal iaitu Ustaz Mohd Fauzi Mustafa (Moderator Al-Kuliyyah TV3) dan Prof. Madya Dr. Sharifah Hayati Syed Ismail (Pensyarah Akademi Islam UM), manakala moderatornya pula ialah Prof. Madya Kamaruddin Salleh (Timbalan Ketua Pusat Islam UKM). Forum pada pagi ini mengupas satu tajuk yang cukup penting dalam kita menyambut bulan kelahiran junjungan besar nabi muhammad SAW iani iaitu "Rasulullah SAW - Sunnahmu dijunjung, Akhlakmu disanjung".

Setelah selesai forum, majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan sempena bulan Maulidur Rasul SAW bagi tahun 1430H ini. Beberapa acara yelah dipertandingkan antaranya ialah Kuiz, Penulisan Khat, Pertandingan Penyampaian Khutbah, Pertandingan Penulisan Teks Khutbah dan Pertandingan Penulisan Rencana Islam. Para pemenang menerima hadiah daripada Dato' Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tahniah untuk para pemenang. Teruskan usaha anda. Tahun depan cuba lagi.

Ya Rasulullah, Kami Merinduimu

FAMILY DAY PIPAQ

Wednesday, March 11, 2009

Ya Rasulullah, kami merinduimu

Bismillahi walhamdulillah..

Pejam celik pejam celik kita dah masuk bulan rabiul awal. Seperti mana yang kita ketahui bahawa bulan ini merupakan kelahiran junjungan besar Muhammad SAW, kekasih Allah..penutup segala nabi dan rasul.

Tapi tahukah anda bahawa di bulan ini ada juga peristiwa-peristiwa lain yang berlaku. saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang artikel yang saya dapat dari iluvislam.

Pengertian

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.


Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

1. Kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad Rasulullah saw.

Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa Nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.

2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul.

Dibulan Rabiulawal inilah Nabi Muhammad saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi Muhammad saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulalah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

3. Hijrah

Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

4. Peperangan.

Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw.

Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah

Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar r.a di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.

7. Pembukaan Iraq

Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.

8. Pembukaan Baitul Muqaddis

Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol

Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.


marilah sama-sama kita memperbanyakkan selawat di bulan maulid ini sambil menghayati kisah perjuangan rasulullah dalam mengembangkan islam.islam kan kembali bersinar jika umat islam sentiasa bersatu hati menjaga ukhuwah islamiyyah!

~mencontohi akhlak nabi~

DIMENSI KESENIAN ISLAM II


Ayuh bersama kita meriahkannya. Hiburan mendidik jiwa. Sambil berhibur, kita sumbangkan bantuan untuk saudara seIslam kita di bumi Jihad Palestin.

Jangan lupa dapatkan tiket daripada agen-agen yang berdekatan. Jangan lambat, nanti kehabisan. Murah aje RM6.00.

Maklumat lanjut, layari:- http://dki2isiukm.blogspot.com

Saturday, March 7, 2009

Utusan Raja Sehari (15/3/2009)

Ya Allah Ya tuhan kami,
Kami memohon restuMu, berkatilah kedua-dua pengantin ini dan semoga majlis mereka ini berjalan dengan sempurna sepertimana Engkau kehendaki dan semoga jodoh perkahwinan mereka berkekalan buat selama-lamanya hingga ke Syurga.
Amin Ya Rabbal Alamin.

Undangan Majlis Perkahwinan

Semoga kehadiran sahabat-sahabat sekalian akan menyerikan lagi majlis kami ini dan diberkati Allah SWT jua hendaknya. InsyaAllah

Raikan bersama dengan kesyukuran

SYAKIRIN & AZIYYATI

Inai di jari nampak berseri, Bersatu kasih raja sehari,

Kami mengundang setulus hati, Moga majlis diberka
ti Ilahi.


Bersama kita berhimpun. Bantah PPSMI

Sunday, March 1, 2009

Solat Hajat Perdana PIPAQ 2009

Salam Rabiulawwal buat semua teman-teman PiPaq sekalian.
Ayuh kita bersama turun ke Fakulti Pendidikan pada 2 Mac 2009 jam 8.30 malam untuk sama-sama kita bermunajat kepada Allah.